CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 28, 2010

Aku sebenarnya sangat---->G. E. R. A. M


Cuti yang paling bermakna.. pi kedai pengantin tutup la plak.. nak tambah beberapa perkara untuk persiapan hari bersejarah aku.. tak pa le..

kata orang kita hanya merancang. tapi tak semua perancangan yang dirancang akan terlaksana.. itu laa. ingat ari ni laa sesuai nak pegi pejabat agama untuk urusan dokumen.. tapi lain jadinya.. borang dari bakal suami belum sampai.. n ari ni merayau-rayau la aku kat pekan jitra.. hahaha bagus bagus bagus.. sesuai sangat lah tuh..

nak jadi cerita hamba ALLAH ni siap sound plak aku sesuka ati nak cuti.. (cuti ni bukan suka2 yer.. aku apply 2 minggu sebelum tau) nak uruskan beberapa perkara yang belum settle. Disebabkan sorang hamba ALLAH ni lambat sangat membuat tindakan menghantar borang pada aku.. cuti yang aku amik dipersalahkan.. bengang tak terkira..

itu laa.. terpaksa laa muhasabah diri balik.. "mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini" aku harap ada perkara lebih baik akan berlaku.. Murah rezeki aku dan bakal suami aku kee...hehehe.. kekadang kelakar.. benda kecik jadi nak gaduh..

pasal "pos laju" ngan "pos ekspress" mana lebih laju laa, pasal pilihan tu pilihan ni la, macam budak2 lah!!!! iskhhh geram...entahlaa manusia ni.. aku tak paham.. jadi tak nak perkara buruk berterusan.. jadi diamkan diri dan bercakap bila perlu..

panas!!!!

ok laaa dah laaa dah lega skit dapat luahkan dalam blog aku nii...

sebagai nasihat:
1) bila nak laksanakan sesuatu perkara biarlah ada perancangan.. biar pandang jauh ke depan janji kita tak terbeban..

2) elakkan memandang ringan perkara yang mudah.. kerana setiap perkara yang mudah tu akan menjadi lebih sukar dari yang kita jangkakan.. hahaha (bila dah terdesak mula laa marah sana, marah sini, kekadang orang yang disebelah pon kena semburan sekali) hehehe

3) Bertindak lebih awal sebagai langkah berjaga-jaga. kekadang benda yang kita tak jangka berlaku tetiba saja menghalang.. jadi kita ada masa lagi untuk menyelesaikannya.. (ni penah berlaku yer..)

4) biar orang kata gila ke tak betul ka.. janji apa yang kita buat biar ada persediaan...

5)Bak kata pepatah orang tua "sediakan payung sebelum hujan"

6) dah tak dak dah apa2 nak cakap... hmmmm tata...

0 comments: